Sektor peruncitan bagi penyediaan makanan dan minuman kini telahpun didominasi oleh aktiviti perkhidamatan penghantaran makanan atau lebih dikenali sebagai Food Delivery Services. Pada masa ini juga, E-bazaar pula sedang hangat diperkatakan sebagai alternatif bagi mambantu peniaga-peniaga makanan di bazaar Ramdahan yang akan terjejas akibat penularan wabak Covid19.
Ini semua akan membuka satu lagi peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi perniagaan anda. Oleh itu anda perlu tahu bagaimana label pada produk dan pembungkusan boleh memberi satu faktor nilai tambah terhadap keuntungan perniagaan yang diceburi.
Label sticker adalah medium pemasaran berkos efektif dan berkesan
Pengunaan label sticker adalah salah satu medium pemasaran yang berkos efektif dan berkesan jika dibandingkan dengan medium-medium lain. Agenda pemasaran perniagaan anda boleh dicetak pada label untuk disasarkan terus kepada pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru. Selain itu juga, label boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti seperti acara cabutan bertuah, kumpul dan menang dan sebagainya tanpa perlu membayar kos tambahan.Label sebagai platform informasi untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan.
Informasi-informasi yang dilampirkan pada label boleh menjadi medium komunikasi untuk menarik dan meningkatan lagi kesedaran dan kesetiaan pelanggan. Rekaan dan isi kandung yang terdapat pada label boleh membantu memantapkan lagi usaha penjenamaan produk danperniagaan anda.